Isnin, 2 September 2013

Petua Orang-Orang Tua


(1) PETUA TERCEKIK TULANG
Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:
- Kepal-kepalkan nasi dan terus telan. 
- Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.
- Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan  beransur-ansur reda.
Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

(2) PETUA SEGARKAN MUKA
Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahkan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.
(3) PETUA SAKIT GIGI
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
- Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

(4) PETUA RAWAT SEMBELIT
Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.
- Makan buah pisang atau betik selalu.
- Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.
- Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap    hari sehingga sembuh.
- Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

(5) PETUA MERINGKAN SAKIT GOUT
Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
(6) PETUA MERAWAT SENGUGUT
Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
(7) PETUA MERAWAT SENGATAN TEBUAN
Jika anda terkena sengatatan tebuan, ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.
(8) PETUA MERAWAT SELSEMA
Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.
- Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.
- Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
- Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
- Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.
(9) PETUA MERAWAT RESDUNG
Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
(10) PETUA SEMBUHKAN KURAP
Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.
- Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
- Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
- Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
- Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
- Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
(11) PETUA MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
- Makan biji buah Peria.
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.
(12) PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.
- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan: 
Berat badan Ali ialah 75kg. 
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
contoh: 
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 
500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang. 
- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
(13) PETUA MENGUBATI BISUL
Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:
- Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
- Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
- Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
- Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
(14) PETUA MENGUBATI GASTRIK
Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. Minum campuran ini bila terasa sakit.
(15) PETUA MENGHILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK
Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.
(16) PETUA MENGHILANGKAN BAU PETI AIS
Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.
Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.

(17) PETUA MENGKEKALKAN WARNA PAKAIAN

Baju berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini.
Ambil dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
(18) PETUA MELUNAKAN SUARA
Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.
1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.
2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

Pesan Mak

Sejak dulu mak dah pesan

Bila belajar biar betul-betul

Tapi, aku yang tak nak dengar kata..


Sejak dulu mak dah bilang

Bila kita berpelajaran, hidup kita senang

Tapi, aku sikit pun tak percaya..


Sejak dulu mak dah nasihat

Bila belajar biar sampai Negara Cina

Tapi bagi aku, buang duit saja..


Sejak dulu mak dah kata

Belajar sampai berjaya, jangan nak bercinta

Tapi, itulah aku..sikit pun tak percaya..


Sejak dulu mak dah cakap

Kalau kau tak nak dengar cakap mak, kau yang merana

Tapi, aku sikit pun tak endahkan

Sekarang, memang betul apa yang mak cakap..



Bila belajar, biar betul-betul

Bila kita berpelajaran, hidup kita yang senang

Bila belajar jangan bercinta

Kalau belajar, biar sampai Negara Cina

Tapi, itulah aku..bila dah gagal baru nak menyesal..


Tunggu apa lagi??

Belajar betul-betul..

Tunjukkan kepada semua kejayaan kita..

Tapi, yang penting sekali..

Jangan lawan cakap mak..

Kerana, syurga itu di bawah telapak kaki ibu..

Ahad, 1 September 2013

Jenis-jenis karangan


Jenis-jenis Karangan

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.


Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.

Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan
(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-tuan dan puan-puan, penutup)

2. Surat kiriman rasmi
(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan)

3. Rencana, laporan, cerpen
(tajuk, nama penulis)

4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)

5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)

6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)


Karangan Tidak Berformat

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

Cara Membuat Blog

Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?

Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda diingatkan bahawa anda berkemungkinan sudah mempunyai Akaun Google, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya benar, terus sahaja melog masuk. Kemudian, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara itu semua sudah ditetapkan, anda kini bersedia untuk mula memblog!

 Bagaimana hendak membuat blog Blogger?

Apabila anda sudah membuat akaun Blogger, log masuk ke www.blogger.com dan klik "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL) untuk blog anda. Taipkan huruf dalam kotak pengesahan perkataan untuk membuktikan anda ialah orang sebenar dan klik "Teruskan". Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; berikut adalah penampilannya kepada pembaca anda. Blogger kemudiannya membuat blog baru anda yang akan muncul di alamat yang anda pilih dalam Langkah 2. 

Bagaimana hendak menyiarkan ke blog saya?

Pada Papan Pemuka anda, klik "Catatan Baru" bersebelahan dengan blog yang anda mahu siarkan. Mulakan dengan memberikan tajuk kepada catatan anda (pilihan) dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda sudah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk pratonton bentuk penampilannya apabila ia diterbitkan. Setelah anda berpuas hati dengan catatan anda, klik "Terbitkan".

Bagaimana hendak menyiarkan gambar? 


Anda boleh memuat naik foto menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan melihat tetingkap yang membenarkan anda memilih imej atau berbilang imej dari komputer anda. Cuma klik "Semak Imbas" untuk mencari imej yang anda mahukan. Ataupun anda boleh memasukkan URL imej yang sudah pun berada dalam talian untuk menyisipkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pada pautan untuk memilih reka letak, anda boleh memperibadikan cara imej anda muncul dalam catatan anda. Pilihan kiri, tengah dan kanan akan menentukan aliran teks catatan anda di sekeliling gambar itu. Pilihan saiz ini membolehkan anda menukar skala gambar kepada saiz yang berbeza di dalam kawasan catatan ini.

Bagaimana hendak menambahkan foto saya pada profil saya?

Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Tatal ke bahagian "Fotograf" di bawah, di mana anda boleh memilih fail dari komputer anda ataupun memasukkan URL imej jika foto yang anda mahukan boleh ditemui dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa imej hendaklah bersaiz 50k atau lebih kecil.

Di manakah tajuk blog saya akan muncul?

Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan | Asas di Blogger, boleh muncul di berbilang tempat: pada blog yang anda terbitkan, pada Papan Pemuka anda dan dalam profil anda. Oleh itu pastikan ia kreatif!

Apakah itu URL?

URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan. Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.